Rabu, 4 Disember 2013
American Cheese Cake
Nak kongsi sikit ilmu hari ne...... resepi cheese cake.....
Bahan A
Cream Cheese 500 gm
Castor Sugar 150 gm
Bahan B
Egg 3 no's
Esen Vanilla 1 tbsp
Bahan C
Corn Flour 22 gm
Bahan D
Topping Cream 400 gm
Cara buat senang je...... mula2 putar bahan A tu sehingga lembut...... masuk bahan B dan putar sehingga sebati... dah tu masuk bahan C....ptar lg sekejap...... akhir sekali masukan bahan D dan gaul guna sepatula je..... gaul pelahan sehingga sebati..... tuangkan kedalam acuan yang kita dah tekan kan base untuk cheese cake ( sama je mcm cheese cake yang lain)..... kemudian bakar dan dalam dulang pembakar tu letak air..... sejukan kan dulu semalaman dalam peti sejuk... baru sedap dimakan.... SELAMAT MENCUBA!!!!!
Kek Lapis Oreo
Kek Lapis Oreo
Kek Lapis Oreo adalah kek yang mempunyai dua warna iaitu hijau dan warna asal.Kek ini diperisakan dengan Butter Oil dan disusun biskut oreo pada lapisan hijau apabila proses pembakaran.
Perisa :- Butter Oil
Saiz Acuan :- 8 Inci X 8 Inci
Harga :- 1 Acuan = Rm 80.00
:- 1/4 Acuan = Rm 23.00
Kek Lapis Tiga Rasa
Kek Lapis Tiga Rasa
Kek Lapis Tiga Rasa merupakan kek yang diilhamkaan daripada masak tiga rasa iaitu mempunyai tiga rasa yang berbeza dalam sebiji kek. Adunan kek ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian chocolate yang dimasukan milo,bahagian Strawberry yang dimasukan jem strawberry dan bahagian cheese yang dimasukan sedikit cream cheese. dalam proses membakar kek ini akan dibakar mengikut bahagian dan akan menampakkan tiga bahagian warna apabila dipotong.
Perisa :- Chocolate,Strawberry & Cheese
Saiz Acuan :- 8 Inci X 8 Inci
Harga :- 1 Acuan = Rm 80.00
:- 1/4 Acuan = Rm 23.00
Kek Lapis Laskar Pelangi
Kek Lapis Laskar Pelangi
Kek Lapis Laskar Pelangi adalah kek yang kaya dengan rasa Horlick. Adunana ini turut dimasukan dengan sedikit esen Butter Oil. Adunan kek ini dibahagikan kepada tujuh bahagian dan masing-masing diberi warna hujau,kuning,oren,merah,pink,unggu dan biru.
Perisa :- Horlick & Butter Oil
Saiz Acuan :- 8 Inci X 8 Inci
Harga :- 1 Acuan = Rm 80.00
:- 1/4 Acuan = Rm 23.00
Kek Lapis Blueberry Cheese
Kek Lapis Blueberry Cheese
Kek Lapis Blueberry Cheese Adalah sebiji kek lapis yang berwarna kosong dan diperisakan dengan Cream Cheese dan Blueberry Filling. Adunan kek dimasukan cream cheese dan sedikit susu tepung bagi menambah rasa lemak. Dalam proses membakar setiap lapisan akan disapu dengan blueberry filling.
Perisa :- Cheese & Blueberry
Saiz Acuan :- 8 Inci X 8 Inci
Harga :- 1 Acuan = Rm 80.00
:- 1/4 Acuan = Rm 23.00
Kek Lapis Evergreen
Kek Lapis Evergreen
Kek Lapis Evergreen merupakan kek Lapis sarawak yang popular.Kek ini diperisakan dengan rasa pandan dan horlick.Kek yang berwarna hijau sahaja ini dilapis dan permukaan setiap lapisan yang menjadi warna chocolate apabila dibakar menyebabkan kek ini kelihatan berlapis-lapis.
Perisa :- Pandan
Saiz Acuan :- 8 Inci X 8 Inci
Harga :- 1 Acuan = Rm 80.00
:- 1/4 Acuan = Rm 23.00
Kek Lapis Apple Cheese
Kek Lapis Apple Cheese
Kek Lapis Apple Cheese merupakan kek yang berperisa apple dan cheese. Adaunan Berwarna hijau dimasukan Mlik Teh yang berperisa Apple manakala Adunan berwarna kosong dimasukan Cream Cheese serta diparut Cheese Chader.
Perisa :- Apple & Cheese
Saiz Acuan :- 8 Inci X 8 Inci
Harga :- 1 Acuan = Rm 80.00
:- 1/4 Acuan = Rm 23.00
Kek Lapis Cheese Prune
Kek Lapis Cheese Prune
Kek Lapis Cheese Prune merupakan kek yang berasaskan adunan kek lapis namun diubah sedikit dengan memasukan Cream Cheese kedalam adunan kek tersebut.kek ini turut diperisakan dengan esen butter oil. Apabila proses membakar manisan buah prune yang telah dibelah dua akan disusun pada kek.
Perisa :- Cheese & Butter Oil
Saiz Acuan :- 8 Inci X 8 Inci
Harga :- 1 Acuan = Rm 80.00
:- 1/4 Acuan = Rm 23.00
Kek Lapis Ariana
Kek Lapis Ariana
Kek Lapis Ariana amat kaya dengan perisa horlick.Adunan kek ini dimasukan dengan horlick serta diperisakan dengan sedikit esen vanilla.Kemudian kek ini dibahagikan kepada tujuh bahagian iaitu 2 bahagian warna asal dan 5 yang lain masing-masing diwarnakan dengan pewarna unggu, kuning,hijau, pink dan biru.
Perisa :- Vanilla & Horlick
Saiz Acuan :- 8 Inci X 8 Inci
Harga :- 1 Acuan = Rm 80.00
:- 1/4 Acuan = Rm 23.00
Kek Lapis Tembikai
Kek Lapis Tembikai
Kek Lapis Tembikai diilhamkan direka berasaskan buah tembikai. kek ini mempunyi warna merah,putih dan hijau sama seperti sebiji buah tembikai apabila dipotong. Adunan ini diperisakan dengan memasukan serbuk ice cream Watermellon ( tembikai). Apabila proses membakar lapisan akan ditaburkan dengan chocolate chip untuk menampakan seperti biji buah tembikai.
Perisa :- Tembikai
Saiz Acuan :- 8 Inci X 8 Inci
Harga :- 1 Acuan = Rm 80.00
:- 1/4 Acuan = Rm 23.00
Kek Lapis Masam-Masam Manis
Kek Lapis Masam-Masam Manis
Kek Lapis Masam-Masam Manis adalah kek lapis yang kaya dengan manisan keranji.Manisan keranji dikisar halus sehingga menjadi paste dan dimasukan kedalam adunan. kemudian adunan dibahagi kepada tiga warna iaitu merah,kuning dan hijau.Adunan kek ini turut dimasukan sedikit esen vanilla.Apabila proses membakar manisan keranji sekali lagi akan disusun pada kek.
Perisa :- Vanilla & Masam Manis ( Manisan Keranji )
Saiz Acuan :- 8 Inci X 8 Inci
Harga :- 1 Acuan = Rm 80.00
:- 1/4 Acuan = Rm 23.00
Kek Lapis Sisik Ikan
Kek Lapis Sisik Ikan
Kek Lapis Sisik Ikan merupakan sebiji kek yang berwarna kosong dan diperisakan dengan perisa vanilla.Apa bila membakar kek ini dipotong dan diletak dengan manisan keranji secara berlapis2 sehingga membentuk seperti sisik yang terdapat pada badan ikan.
Perisa :- Vanilla & Masam Manis ( Manisan Keranji )
Saiz Acuan :- 8 Inci X 8 Inci
Harga :- 1 Acuan = Rm 80.00
:- 1/4 Acuan = Rm 23.00
Kek Lapis Songket Hitam
Kek Lapis Songket Hitam
Kek Lapis Songket Hitam diperkayakan dengan rasa Chocolate dan Vanilla. Adunan berwarna coklat dimasukan bahan perisa seperti Milo dan Chocolate Cair. Manakala adunana berwarna kuning dimasukan perisa vanilla dan ditabur dengan chocolate rice ketika membakar.
Perisa :- Chocolate ( Milo + Chocolate cair ) & Vanilla
Saiz Acuan :- 8 Inci X 8 Inci
Harga :- 1 Acuan = Rm 80.00
:- 1/4 Acuan = Rm 23.00
Langgan:
Catatan (Atom)